Halaman

23 September 2008

Bicara Haikal

Sahabat..
Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.
Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta....
Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga.....
Jika antara kita ada tembok yg memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera......
Jika pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku berubah.....
Dan.....
Jika esok ku lena tanpa terjaga, iringilah lena ku dengan kalungan doa..
utk seorang sahabat terbaru penulis,,
terima kasih kerana menghargai persahabatan ini,,
terima kasih untuk setiap saat yg diluangkan,,
terima kasih atas keizinan utk saling mengenal,,
sesungguhnya ukhwah itu indah...
dan menjaganya tidak mudah...
sesungguhnya ukhwah itu manis...
biarpun adakalanya hati terguris...
sesungguhnya ukhwah itu aman...
dan ikhlas menjadi teman...
akhir kata,,
bersama membina persahabatan...
sesama insan kerana Tuhan...

20 September 2008

Kisah Kasih, Cinta dan Rindu

Dari kejauhan kelihatan seorang pemuda sedang duduk di sebuah bangku menghadap ke lautan yang terbentang luas. Matanya tertumpu pada skrin komputer riba yang sedang di pangkuannya. Sesekali ekor mata melirik ke arah anak-anak kecil yang asyik bermain di persisiran pantai. Ceria. Meriah. Comel. Kecoh. Begitulah suasana hidup anak-anak kecil yang masih terlalu mentah pengalaman hidupnya. Kecomelan mereka kadangkala menyentuh hati mata-mata yang memandang. Lebih-lebih lagi di wajah mereka terpancar cahaya suci Ilahi yang masih belum tercemar dek noda dosa dunia ini. Ilham kian menjelma.

Haikal melihat sekilas pada rona laut yang terpisah dek garis horizon di hujung sana. Biru. Sedikit bergelora. Bias mentari menjadikan pemandangan laut satu panorama indah untuk ditatap sepenuh hati. Kelihatan juga sebuah keluarga sedang bermain kejar-kejar di gigi air. Bahagian bawah pakaian dibasahi air dek ombak yang tak pernah jemu mengusik pantai. Ilham semakin menjelma.

Skrin memaparkan emel kiriman dari Annur Amira. Pantas saja anak matanya membaca setiap bait kata dalam kiriman yang memang selalu dinantinya itu.

Haikal tersenyum kala bertemu ayat-ayat jenaka adik kesayangannya itu. Memang Annur Amira bijak berjenaka. Kala hati dirundung hiba pasti terubah ceria bila mendengar jenakanya.

Namun, senyum Haikal bertukar serius serta-merta. Jenaka sudah berakhir. Seperti biasa, Annur Amira membangkitkan segala pertanyaan tentang soal-soal semasa. Bertanya itu dan ini. Itu sifat semula jadinya. Katanya dulu kepada Haikal, lebih baik bertanya kalau tak tahu daripada berlagak tahu tapi sebenarnya tak tahu. Memang ada betulnya kata-kata itu. Sekurang-kurangnya kejahilan yang sementara lupus diganti dengan ilmu yang berguna.

Haikal mula menulis. Membalas emel kiriman Annur Amira itu.

Assalamu'alaikum adikku, Amira yang diingati selalu..

Alhamdulillah abang di sini, baik-baik sahaja. Masih dikurniai keafiatan dan ketenangan melalui hari-hari menjelma.

Abang harap Mira di sana begitu juga. Dah hampir sepertiga Ramadhan berlalu, baru kini Mira menghantar berita ye... Bagaimana berpuasa di sana? Tentu ada bezanya dengan puasa di tempat kita ni 'kan? Hm... abang tak dapat nak menulis panjang-panjang kat sini. Tapi bagi persoalan yang Mira bangkitkan tu abang ada satu makalah yang mungkin Mira boleh ambil manfaat daripadanya. Insya-Allah...

Kisah Kasih, Cinta dan Rindu....

Masa yang berlalu janganlah kau tangisi. Biarlah ia menjadi lipatan sejarah. Masa yang akan datang jangan terasa kita yang punya. Bukankah ketetapan itu ketentuan Allah? DIA yang menjadikanmu dan DIA jugalah yang berhak mengatur hidupmu. Usahlah kau meminta sesuatu yang belum dirancang untukmu.

Ketetapan itu pasti berlaku, tidak ke depan dan tidak ke belakang walau satu detik sekalipun. Mengapa perlu meminta sesuatu yang belum terjadi? Apakah sudah lupa pada janji?

"Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekalian alam." (al-An'am, 162)

Sesuatu yang terlintas di akal fikiranmu, gerak hati pertama itu ilham Tuhanmu. Ia mungkin berlaku dan mungkin juga tidak akan berlaku. Bukan semestinya setiap lintasan di fikiran itu kau layan. Timbanglah dengan rasionalmu. Kau akan diuji.

Ujian itu ada bermacam-macam; ada yang zahir dan ada yang batin. Dalam menghadapi ujian zahir, ramai yang mampu bertahan, pun begitu bila berdepan ujian batin, ramai yang tergelincir dan kecundang.

Ingatlah, jalan menuju kewalian punya 1001 ranjau yang menghalang. Jalan yang kau tempuh ini terlalu sukar, sulit, payah, susah dan menakutkan. Jalan ini jalan kepapaan, kemiskinan dan keperitan hidup tetapi di hujung sana Allah menantimu dengan 'tangan terbuka'.

Dengarkah kau, namamu dipanggil lagi dan suara itu menusuk qalbu menikam jantung hatimu. bertubi-tubi berulang-ulang:

"Ayuh ke mari wahai hamba-Ku, ke marilah dalam dakapan-Ku, ke marilah dalam ribaan-Ku. Aku rindu padamu. Sudah lama kau Ku tunggu. Kashan hamba-Ku. Sudah hampir terbakar hangus jantungmu, remuk berkecai hatimu. Siang dan malam bagai tak hirau lagi. Badai cintamu yang menggila bila akan reda?

Ah! Kasihannya engkau... gila dalam siuman. Kerana cintakah kau jadi begini? Ini Aku datang wahai hamba-Ku. Bukankah Aku yang kau cari? Terpadam sudahkah api rindumu? Cair sudahkah lilin cintamu? Aku juga kasih padamu. Aku juga rindu padamu. Aku juga cinta padamu.

Sehasta engkau hampiri Aku, sedepa Aku merapati dirimu. Engkau berjalan kepada-Ku, Aku berlari menerpa kepadamu. Sambutlah wahai kekasih cinta-Ku. Jangan kau putuskan ikatan kasih ini. Jangan kau leraikan tali cinta ini... Jika kau lakukan jua, nescaya kau akan binasa.

Andai antara kita terpisah, terasing, terlerai tiada ikatan lagi - Aku adalah Aku, engkau adalah engkau - maka Aku tetap Aku yang Maha Esa, Maha Berkuasa, Maha Gagah, tidak rosak dan binasa; manakala engkau tetap engkau yang lemah, yang jahil, yang hina, yang akan hancur, yang rosak dan yang akan binasa. Sekali ikatan tersimpul antara kita, jengan berani-berani kau buka dan leraikan.

Aku tidak pernah khianat dalam cinta-Ku. Cinta-Ku agung, suci dan mulia. Jangnan sia-siakan cinta-Ku. Cinta-Ku kekal abadi dan sejati. Tidak akan kau jumpa cinta se-agung cinta-Ku. Jangan khianat, jangan curang, dan jangan main kayu tiga. Kelak kau akan Ku hukum. Dan ingatlah! Murka-Ku setara dengan cinta-Ku. Tiada bumi yang sanggup menanggung. Kelak kau Ku campakkan ke kerak api Neraka yang tidak Ku pandang engkau buat selama-lamanya.

Oleh itu awasilah... jika inginkan cinta-Ku, bersiaplah; engkau akan Ku uji. Benarkah cinta-Ku yang kau cari, atau kau hanya memburu Syurga-Ku dan ingin lari dari Neraka-Ku? Atau engkau idamkan bidadari dan mahligai indah? Kalau hanya itu yang kau cari, engkau menipu, wahai hamba-Ku. Aku-kah yang hendak kau tipu?

Aku masih mencari cinta agung sesuci kasih Muhammad kepada-Ku. Tapi Ku tahu, Aku tidak akan dapat temui lagi kasih se-agung itu. Muhammad-lah kekasih-Ku. Dia seorang saja buah hati-Ku. Ku-abadikan namanya di sisi-Ku. Tidak Ku-ciptakan alam ini kalau tidak kerana dia. Tanpa Muhammad, semua yang ada ini, baik yang nyata mahupun yang tersembunyi tiada makna. Semua inin ada kerana adanya Muhammad. Tanpa Muhammad, makhluk-Ku yang lain tak bererti apa-apa.

Letakkanlah cinta Muhammad sebagai neraca cintamu pada-Ku. Cinta Muhammad adalah kayu ukur cinta makhluk kepada Tuhannya. Dia mencintai Aku segenap jiwa dan raganya. Semuanya telah diserahkan. Semuanya telah dikorbankan. Dirinya menjadi tebusan menebus cinta. Muhammad membeli cinta dengan nyawanya. Nah! Kau pula menagih cinta-Ku dengan apa???"

Sudah diceritakan secara terperinci kisah kasih, cinta dan rindu. Usahlah lagi kau dibuai hanyut dalam cinta nafsu yang melulu. Carilah cinta suci, cinta agung, cinta yang kekal abadi; tak luntur dek zaman, tak lekang dek masa.

Datanglah ombak badai yang menggila setara manapun, namun cinta yang agung tetap kukuh tersimpan bagai mutiara di dasar lautan. Sekarang, engkau pilihlah, cinta dunia yang murahan atau cinta Khaliq-mu yang agung lagi abadi.

Alhamdulillah... demikianlah Mira sebuah makalah yang pernah abang baca. Kini abang kongsikan bersama Mira di sana. Semoga ia dapat memberi jawapan terhadap persoalan Mira tu.

Ayuwah... abang sudah kesuntukan masa ni... mentari Dhuha sudah semakin jauh meninggalkan abang. Ada sesuatu yang perlu abang kejar.

Semoga bertemu lagi ye adikku sayang. Diharap Mira tetap teguh dengan cinta-Nya di sana.

Jaga diri elok-elok..

Sampaikan salam kat mama dan ayah ye...

Jumpa lagi.

Wassalam 'alaik..

Komputer riba ditutup. Haikal bingkas bangun meninggalkan bangku yang terasa sudah terlalu hangat itu. Kaki dihayun melangkah ke arah sebuah musolla di sudut timur pantai. Kira-kira 300 meter dari pesisir pantai. Lokasi yang pasti nyaman untuk menghadap Tuhan. Memeterai kisah kasih, cinta dan rindu sebenar seorang hamba kepada Khaliq-nya.

12 September 2008

Ramadhan Yang Bermakna

Derap langkah meniti Ramadhan
sebaik-baik bulan penuh keberkatan
untuk hati nan subur dengan ketaatan
menjemput redha demi kemuliaan
biar masih ramai yang tiada menghiraukan.
Wahai insan,
Ramadhan ini apakah bermakna
Ramadhan ini apakah dirai
'tika ramai yang masih leka
hadir Ramadhan mendakap benci
bulan suci dipandang sepi
tiada rindu apatah lagi cinta
sebagai garapan menyelusurinya.
Wahai insan,
Ramadhan ini arena perjuangan
menjana diri mematuhi Tuhan
'tika ramai yang masih derita
dek noda nista dan api dosa
namun Ramadhan astaka keampunan
nan harum semerbak inayah
hidayah Tuhan untuk sekalian hamba-Nya
signifikan rahmat kasih-Nya
Maha Luas mengatasi segala.
Wahai insan,
hububan Ramadhan membuka gerbangan syurga
isyarat amalan berganda pahala
dihiasi redha Tuhan nan Esa
namun sayang sekali..........
setahun sekali Ramadhan menjelma
seraya ditutup rapat pintu-pintu neraka
masih ada yang tega mengetuk pintunya
Ramadhan bukan sahaja dipersia
malahan diselaputi kotoran dosa
lantaran gerbang syurga yang terbuka
sedetik pun tidak menarik sukma.
Wahai insan,
Ramadhan ini jalan kembali
sedarlah kita selama ini.......
insan yang senang dan kaya
ramai yang lupa kepada Allah,
insan yang susah dan miskin
menjauhkan diri dari Allah,
yang sihat dan kuat pula
lari daripada Allah.....
dan antara yang lemah dan sakit
tega meninggalkan Allah.
Wahai insan,
Ramadhan yang hadir pasti berlalu
belum pasti pula akan kembali
sekiranya ada sisa hayat
bertemulah kita dengannya lagi.....
namun,
jika sudah tiba saat akhir riwayat
inilah Ramadhan terakhir kita......
apakah rela kita mensia-siakannya
dibiar berlalu begitu sahaja.
Wahai insan,
semoga Ramadhan ini
terserlah maknanya.....
menghiasi peribadi murni
menyusuri titian hari yang mengiringi.
Ilham nubari;
'Haikal Nawwarah KM'
13 Ramadhan 1426H
-Johor Bahru-

07 September 2008

Bicara 4mir4

Salam madrasah Ramadhan...
Hmm... buka apa hari ni? Tu la soalan yg biasa org tanya bila bulan puasa ni menghadirkan dirinya. Jarang sangat dengar org tanya, camne puasa awak hari ni dan doa apa bila buka nanti....
Bukan ke antara waktu mustajab doa adalah doa orang yg berpuasa di saat dia berbuka?
Sama2 la kita fikirkan ye. Sbb kadang2 dlm kepala kita asyik ingat makan.... makan... makan....
Sampai lupa hikmah puasa yg sebenarnya...
Hmm.... selalu sangat kita lupa....
Bila Ramadhan menjelma... fikiran kita melangkau jauh darinya...
belum pun sempurna puasa kita dah fikir pulak pasal Raya...
Raya... Raya.... Raya...
Baju Raya... kasut raya... kuih raya....
pendek kata yg berlehar di dlm otak kita ni berjenama Hari Raya...
Sedangkan Raya tu sebenarnya bukan matlamat puasa kita...
Matlamat kita 'kan ada tiga peringkat dalam bulan yg suci ni...
10 pertama... meraih rahmat ALLAH.
10 kedua... memohon keampunan ALLAH.
10 terakhir... pembebasan daripada api neraka.
Tu semua membawa kepada satu perkataan... yakni TAQWA...
Dalam2 kita sedang berpuasa ni, jenguk2 lah dlm hati kita... apakah masih ada taqwa di dlmnya?
Kalau rasa2 dah makin hilang... ingat... rahmat ALLAH itu Maha LUAS...
Nak mendapatkannya kita kena berlari mengejar dengan sesungguh hati...
tak boleh lah kalau kita duduk saja...
Hari Raya tu... bukan matlamat ye....
tapi hadiah utk org yg berTAQWA...
diingatkan semula.... 'HADIAH UTK ORG2 YG BERTAQWA'

So, kpd sesiapa yg masih ada malu dlm hati tu....
jgn lah terkinja2 utk menyambut Raya, sedangkan taqwa terlalu jauh dari diri kita.
Ingat ye....
TAQWA dulu...
pastu baru boleh berHARI RAYA...

Jgn sampai hari raya tu hanya satu perayaan adat...
tapi realisasikan dlm diri sbg suatu yg secara mutlaknya adalah ibadat.

Ayuwah....
insya ALLAH bertemu lagi di lain masa dan ketika...
lau ada keizinan-NYA...
akan bertemu lagi la kita ye...

Sampai jumpa....
Selamat Berpuasa...
yg sebenar2 puasa....
Amin...

Kekayaan Hati

"Berbahagialah mereka
yang dianugerahi kekayaan hati dan nurani.

Hidup sentiasa dalam
hidayah ILAHI.

Badai dugaan tidak
melemahkan hati dan nikmat pujian tidak melalaikan
diri.

Hidup sentiasa dalam
hidayah ILAHI."

Marhaban Ya Ramadhan

'Ahlan wasa sahlan ya Ramadhan'
Kini RAMADHAN tiba lagi,
diiringi rahmat ILAHI,
medan menyuci hati,
'izzah untuk memperbaiki diri.
RAMADHAN bulan penuh kemuliaan,
hadiah terhebat daripada TUHAN,
bersegeralah memohon keampunan,
beramal atas rasa kehambaan.
Marilah kita insafi diri,
sabarlah menta'ati ILAHI,
hadir RAMADHAN sama dirai,
nikmat TUHAN wajib disyukuri.
Tibanya sering dinanti,
perginya menangislah hati,
apakah 'kan bertemu lagi,
atau ini yg terakhir kali.
"Pasrahlah pada naluri suci, insafilah ketentuan taqdir Ilahi, kerana kepura-puraan itu adalah ciptaan akalmu yg bersalut kejahilan, bukan tanda kebijaksanaan..."

Bicara Haikal 02

"Dia tiba di kaki bukit.
Saujana memandang semesta terbentang.
Di sisinya bayu berpuputan.
Di bawahnya bumi berhamparan.
Di atasnya langit bernaungan.
Di belakangnya kenangan beriringan.
Lalu dia maju selangkah demi selangkah.
Biarlah payah dia tak goyah.
Biarpun susah dia tak resah.
di fikirnya hanya ketenangan, kedamaian dalam pencarian.
Kala di alam mimpinya idaman di lingkung larangan.
Tangan dihulur tak kesampaian.
Berputuskah harapan?
Diteruskan pendakian ke mercu impian.
Di hatinya ada kecekalan, namun kurang kepastian.
Berlegarlah dia ke segenap alam, kalau-kalau di sana terbukti ketentuan.
Dia kepasrahan..."

Bicara Haikal

"Dia tiba di bibir laut. Lalu berbicaralah dia pada air, karang dan mentari. Tapi tiada jawapan membisu sepi, membiarkan diamenatap langit sendiri.
Andai waktu ini ada teman di sisinya. Menemankan perjalanan yang penuh kesuraman.
Agar ada yang tahu, ada cerita di setiap rekahan batu, ada resah di setiap pohonan kayu dan ada pilu di setiap hembusan bayu.
Kala malam dia merenung bulan kesepian. Diaturnya lagi langkah perjalanan. Menelan segala kepahitan dengan harapan di hujung sana, ada sinar keindahan menglipur lara.
Mengubati bait-bait dukanya. Dalam erti kasih syahdu, kehidupan satu perjalanan waktu.
Kepadanya...
Bagiku...
Untukmu..."