Halaman

11 April 2010

Aku, Kamu, Kita, Mereka...

Aku,
beginilah seadanya,
meniti hidupnya seorang hamba,
sesekali dihimpit kecewa,
kala takdir menjauhi rencana,
menguji keimanan di dada,
redhakah atau sebaliknya,
kehidupan adalah sementara,
dunia umpama penjara.

Kamu,
serpihan kisah semalam,
nota yang tak 'kan terpadam,
di dasar hati berdiam,
di dalam impian tersergam,
kemaafan yang tiada dendam,
melayari lautan alam,
diuji mungkinkah karam,
bila hati dirundung suram.

Kita,
punya alasan sendiri,
seakan-akan saling mengerti,
di lembah yang dituruni,
di puncak ketenangan menanti,
cahaya cinta hakiki,
apa masih punya erti,
biasnya sukar ditafsiri,
neraca tak mudah mengadili.

Mereka,
begitulah seadanya,
memandang dari luar kaca,
mentakwil tanpa putus asa,
melontar harapan bersahaja,
tak beralih tujuannya,
dari secubit rasa,
menyuburkan doa semesta,
setulusnya di sisi yang Maha Esa.

25 Rabi'ul Akhir yg telah b'lalu...

Hari ni 26 Rabi'ul Akhir 1431H. Bermakna telah berlalu satu hari lagi untuk aku yg turut membawa makna aku sudah semakin menghampiri hari2 akhirku. Hayat ini hanya pinjaman. Diberi untuk diisi dengan amalan dan keimanan yg tulus dan benar.

Aku akui, hidup bagiku punya banyak makna. Seringkali makna itu ku dapat dari setiap pengalaman yg dihadapi. Pengalaman banyak mengajar erti hidup. Pengalaman tidak diajar di mana2 sekolah atau universiti. Pengalaman adalah guru yg diutus Tuhan untuk membentuk sifat insani.

Sesekali aku dihinggapi rasa sedih yg keterlaluan... saat rasa gembira yg keterlaluan juga berlari pergi. Menghitung detik yg hilang tidak sama dengan menghitung detik yg dipenuhi dengan sesuatu yg bererti. Hidup bagi seorang aku dihujani dengan pelbagai uji. Adakala aku gagah mengharungi, adakalanya juga aku teguh berdiri. Namun, tak kunafi ada masanya aku tersungkur juga ke bumi.

Demikian kehidupan ini. Sudah lumrah, setiap kali kita mendapat sesuatu yg kita inginkan kita mungkin akan kehilangan sesuatu yg kita sayangi.

'Sometimes we win, sometimes we lose'

Kalau mengenang ke masa silam, tentu kita akan melihat kenangan yg bagai pelangi. Berwarna-warni dengan pelbagai makna tersendiri. Aku selalu mengharap kebahagiaan yg diperolehi akan berkekalan. Aku sering berdoa agar ada antara impianku yg bakal menjadi kenyataan.

Kalaupun kebahagiaan fana', aku tahu kebahagiaan hakiki hadir bila rasa ber-Tuhan subur di hati. Seiring dengan pertambahan usia yg bererti semakin menuju ke hujung nyawa, tidak ada apa-apa yg lebih bermakna kecuali hidup diberkati.

25 Rabi'ul Akhir berlalu sudah... sepanjang waktu yg pergi sudah terisi dengan pelbagai jadi. Ada yg baik ada yg tidak. Ada yg manis ada yg pahit. Ada juga yg berbaur rasanya, pahit-maung, manis-madu, masam-kelat dan masin-payau. Hidup dengan pelbagai rasa tersendiri.

Maka, di sini aku memaafkan semua kesalahan insan terhadapku dengan setulus hati. Aku menghalalkan segala yg kuberi. Aku redhakan setiap yg diambil daripada ku dengan izin mahupun tidak. Aku pasrah menerimah takdir Ilahi.

Pada semua yg kukenali, maafkan kesalahanku. Halalkan segala pemberian yg telah kukembalikan atau sebaliknya. Redhakanlah setiap yg telah terjadi yg menghiburkan atau yg menyakitkan hati. Pasrahku tetap pada takdir Ilahi.

03 April 2010

Apakah Benar Engkau Pejuang - qathrunnada

Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya...
menerima pimpinan
engkau ingin berjuang
tapi tidak begitu setiakawan
engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup berkorban
engkau ingin berjuang
tapi ingin jadi pemimpin
engkau ingin berjuang
menjadi pengikut agak segan
engkau ingin berjuang
tolak ansur tidak engkau amalkan
engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup terima cabaran
engkau ingin berjuang
kesihatan dan kerehatan...
tidak sanggup engkau korbankan
engkau inginberjuang
masa tidak sanggup engkau luangkan
engkau ingin berjuang
karenah isteri tidak kau tahan
engkau ingin berjuang
rumah tangga lintang pukang
engkau ingin berjuang
diri engkau tidak engkau tingkatkan
engkau ingin berjuang
disiplin diri engkau abaikan
engkau ingin berjuang
janji kurang engkau tunaikan
engkau ingin berjuang
kasih sayang engkau cuaikan
engkau ingin berjuang
tetamu... engkau abaikan
engkau ingin berjuang
anak isteri engkau lupakan
engkau ingin berjuang
ilmu berjuang engkau tinggalkan
engkau ingin berjuang
kekasaran dan kekerasan
engkau amalkan
engkau ingin berjuang
pandangan engkau tidak diselaraskan
engkau ingin berjuang
rasa bertuhan engkau abaikan
engkau ingin berjuang
iman dan taqwa engkau lupakan
yang sebenarnya....
apa yang engkau hendak...
perjuangkan....

Bila Tuhan Menghendaki...

Salam untuk semua...
Saya memiliki sebuah kaset album Qathrunnada...
Antara banyak2 kumpulan nasyid di Malaysia, inilah salah satunya kumpulan yg agak low-profile.
Tetapi itu tak bermakna kumpulan ini tidak popular.
Cumanya kumpulan Qathrunnada ni memilih genre nasyid yg agak berlainan daripada kumpulan nasyid kontemporari yg lain.
Sesuatu yg agak menarik, kaset yg saya ada itu bertahan sehingga sekarang tanpa ada kerosakan.
Kebiasaannya, kaset adalah jenis yg mudah rosak sama ada di bagian pitanya ataupun audionya.
Agak ajaib juga, kaset Qathrunnada saya ini mampu bertahan hampir 10 tahun. Bila dimainkan tiada apa2 yg tersekat.
Namun, sesekejap memikirkan apa yg terjadi kepada kaset Qathrunnada yg memuatkan lagu Cinta Agung ini... sebenarnya tiada apa pun yg pelik kerana bila Tuhan menghendaki maka pastilah ia terjadi.
Lirik2 lagu dalam album Cinta Agung ini sebenarnya sangat menarik untuk dihayati.
Diadun dengan melodi yg indah walau kadang2 agak catchy, lirik2nya memang cukup memberi kesan kepada jiwa yg sedang berkecamuk. Itu bagi sayalah.. bagi individu lain mungkin berbeza.
Kesimpulannya, saya amat meminati lagu2 dalam album Cinta Agung ini... dan teramat bersyukur kerana Tuhan Menghendaki untuk memelihara kaset yg saya miliki agar tiada disentuh sebarang kerosakan. Alhamdulillah.
Maka, pada mereka yg tercari2 lirik nasyid yg boleh menyentuh hati... lagu2 kumpulan Qathrunnada adalah jawapannya. Tetapi sekarang sukar untuk mendapatkan album2nya. Jalan alternatif, carilah di mayapada internet dan download saja lagu2 kumpulan ini.
RAHSIA BAHAGIA - qathrunnada
Bahagia itu maknawi
juga bersifat rohaniah
rasa senang bukan bahagia
sekalipun ia berharta
kerana semua itu
bersifat lahiriah
ia bukanlah hakikat bahagia.
Tenang itu tanda bahagia
tiada tenang... akan keluh kesah
bila tiada kbahagiaan
hidup penuh kepuraan.
Mazmumah...
punca tiada bahagia
kerana terus mengekalkannya
hasad dengki gila dunia
sombong bongkak
merosakkan segala.
Carilah tenang...
dapatkan bahagia
cintakan Allah setiap masa
bila zikrullah dihayati
barulah bahagia diperolehi.