Halaman

11 April 2010

25 Rabi'ul Akhir yg telah b'lalu...

Hari ni 26 Rabi'ul Akhir 1431H. Bermakna telah berlalu satu hari lagi untuk aku yg turut membawa makna aku sudah semakin menghampiri hari2 akhirku. Hayat ini hanya pinjaman. Diberi untuk diisi dengan amalan dan keimanan yg tulus dan benar.

Aku akui, hidup bagiku punya banyak makna. Seringkali makna itu ku dapat dari setiap pengalaman yg dihadapi. Pengalaman banyak mengajar erti hidup. Pengalaman tidak diajar di mana2 sekolah atau universiti. Pengalaman adalah guru yg diutus Tuhan untuk membentuk sifat insani.

Sesekali aku dihinggapi rasa sedih yg keterlaluan... saat rasa gembira yg keterlaluan juga berlari pergi. Menghitung detik yg hilang tidak sama dengan menghitung detik yg dipenuhi dengan sesuatu yg bererti. Hidup bagi seorang aku dihujani dengan pelbagai uji. Adakala aku gagah mengharungi, adakalanya juga aku teguh berdiri. Namun, tak kunafi ada masanya aku tersungkur juga ke bumi.

Demikian kehidupan ini. Sudah lumrah, setiap kali kita mendapat sesuatu yg kita inginkan kita mungkin akan kehilangan sesuatu yg kita sayangi.

'Sometimes we win, sometimes we lose'

Kalau mengenang ke masa silam, tentu kita akan melihat kenangan yg bagai pelangi. Berwarna-warni dengan pelbagai makna tersendiri. Aku selalu mengharap kebahagiaan yg diperolehi akan berkekalan. Aku sering berdoa agar ada antara impianku yg bakal menjadi kenyataan.

Kalaupun kebahagiaan fana', aku tahu kebahagiaan hakiki hadir bila rasa ber-Tuhan subur di hati. Seiring dengan pertambahan usia yg bererti semakin menuju ke hujung nyawa, tidak ada apa-apa yg lebih bermakna kecuali hidup diberkati.

25 Rabi'ul Akhir berlalu sudah... sepanjang waktu yg pergi sudah terisi dengan pelbagai jadi. Ada yg baik ada yg tidak. Ada yg manis ada yg pahit. Ada juga yg berbaur rasanya, pahit-maung, manis-madu, masam-kelat dan masin-payau. Hidup dengan pelbagai rasa tersendiri.

Maka, di sini aku memaafkan semua kesalahan insan terhadapku dengan setulus hati. Aku menghalalkan segala yg kuberi. Aku redhakan setiap yg diambil daripada ku dengan izin mahupun tidak. Aku pasrah menerimah takdir Ilahi.

Pada semua yg kukenali, maafkan kesalahanku. Halalkan segala pemberian yg telah kukembalikan atau sebaliknya. Redhakanlah setiap yg telah terjadi yg menghiburkan atau yg menyakitkan hati. Pasrahku tetap pada takdir Ilahi.

Tiada ulasan: