Halaman

23 Mei 2010

Jatuh Hati

Merungkai dari segala makna
menatap sepenuh hampa
terasing dalam duka
namun,
terbuanglah luka lama
berganti ceria bahagia...
saat cup-cake dan mawar jingga
berada di tangannya...
tersenyum penuh makna.

Tertanya-tanya pula
mengapa bahagia ini dinanti lama
bagai berabad berkurun masa...
tak kunjung tiba,
seloka menolak kecewa
tangis ditepis tawa...
aduhai bahagia rasanya.

14 Mei 2010

Tuhan Lebih Tahu

Salam 'alaik saudara2ku yg beriman...
Apabila tiba masanya, semua yg bernyawa pasti akan kembali menghadap Tuhan yg Satu. Tiada siapapun yg dapat lari daripada takdir kematian. Tak bertambah walau sesaat, jua tiada berundur walau sedetik. Itulah perjanjian rahsia kehidupan makhluk. Menarik nafas lega bagi yg lekas menyedari. Tetapi bagi sesiapa yg enak dengan kelalaian, maka bersedialah menghadapi hukuman.
Insan adalah semulia2 makhluk yg telah dicipta oleh Tuhan. Kelebihannya ke atas makhluk lain tiada kemungkinan untuk dinafikan. Namun, dalam menyusur galur kehidupan, insan kerap alpa dalam menilai makna sebenar sebuah kehidupan. Insan kerap lupa matlamat asal penghidupan mereka di dunia sementara ini
Melihat sekilas ke belakang, teringat waktu kita di awal mengenali Islam. Terlalu banyak jurang pengetahuan sekarang berbanding dulu. Zaman kejahilan dulu, iman hanya bekalan warisan. Menurut saja apa yg dihadapkan. Jika tak mahu, menolak dengan penuh kesungguhan.
Baru2 ini, lebih 2 minggu berlalu kita telah menghadapi sebuah kehilangan. Insan yg kita paling sayang kini sudah tiada lagi. Jasad yg pernah direnung syahdu kini sudah hilang di perut bumi. Suara yg sesekali memarahi diri kita sudah tiada lagi kedengaran. Rajuk sendu yg diluahkan bersama kita sudah menjadi kenangan.
Kita amat sedih menghadapi kehilangan itu. Pada mulanya gak sukar untuk kita menghadapinya. Namun, Tuhan menunjukkan jalan. Petunjuk wahyu menjadi pedoman. Setiap yg bernyawa pasti akan menghadapi maut. Setiap yg ada di muka bumi pasti akan binasa.
Pemergiannya merupakan pemergian yg tiada mungkin lagi akan kembali. Pergi untuk selama2nya ke alam sana. Alam yg sangat jauh bezanya dengan alam dunia. Alam yg tiada lagi amal, tiada lagi harapan, tiada lagi berguna kekesalan.
Masih terngiang2 suatu suara menyatakan, "kalau nak beramal di dunia inilah, kalau nak berharap di dunia inilah, kalau nak menyesal di dunia inilah tempatnya..."
Sesaat memikirkannya, berderai air mata berguguran. Apakah akan berterusan ketabahan? Apakah akan bertautan kasih sayang? Apapun, semoga kita tiada kesempatan melupakannya. Semoga kita diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Selalu kita berdoa, semoga aman dia di sana... Semoga tenteram dalam dakapan rahmat Tuhan... Amin...
Kerana kita tahu, dan Tuhan lebih tahu, kasih sayangnya pada kita tak kan luput ditelan zaman.
Biarlah dia pergi, pergi mendapatkan kekasih sejati... pergi bersama2 segala kebaikan... pergi menghadap Tuhan yg lebih menyayangi.
Selamat jalan ibunda...!