Halaman

20 Mac 2010

Aku adalah sebuah kata-kata

Aku adalah sebuah kata2... Sebuah kata2 yg sering meniti di bibir nipis, tebal, bulat dan bundar manusia.
Aku sering diucap bila manusia tersedar daripada kesilapannya. Aku tidak pernah bangga dengan kedudukanku yg boleh menjadi kafarah kesalahan manusia. Aku memang diperlukan oleh manusia agar mereka diterima semula sebagai insan beriman. Kadang2 aku ditutur oleh manusia untuk meraih simpatinya manusia lainnya. Bilamana aku disalahguna, aku cukup malu pada diriku sendiri. Aku tak tahu kenapa masih ada manusia yg tergamak mempergunakan aku semata2 utk keuntungan duniawi yg sementara.
Namun, aku tiada hak utk menghalang drp digunakan oleh manusia yg bejat akhlaknya. Demikianlah nasibku, yg dicipta Tuhan sebagai perantara mendapatkan rahmat-Nya tetapi tidak semena2 diperguna secara sadis oleh manusia2 tak berhati.
Aku jadi pasrah walau bukan menyerah kerana aku hanyalah sebuah kata2...

Tiada ulasan: